Monday, October 3, 2011

> TAMADUN ISLAM DAN ASIA

TAJUK 1


PENGENALAN


Perkataan "Tamadun" merupakan perkataan yang sering digunakan menggambarkan tentang kemajuan kebendaan (material) sesebuah masyarakat.Perkataan ini mula diperkenalkan oleh penulis Kristian JURJI ZAIDAN yang menulis tentang tentang sejarah Islam dan sastera Arab.


PENGERTIAN TAMADUN DALAM PELBAGAI BAHASA.


BAHASA LATIN - Civilis,civitas,civis,civilitas = civilization bererti warganegara,undang2 dan pemerintahan Rom.


BAHASA GREEK - Kei yang bermaksud kediaman , Keimelion bererti khazanah @ harta yang disimpan


BAHASA INGGERIS - Civilize bererti membaiki tingkah laku dan keluar dari kehidupan barbarian (primitif) kpd. kehidupan yg. lebih baik.


BAHASA TAMIL - Nakarikam, nakar bermaksud kota, ikam ialah pembentukan bandar.


BAHASA CINA - Wen Ming bererti cerah dan bercahaya,rujuk kpd unsur2 material dan spiritual.


BAHASA ARAB -  Berasal dr. perkataan Arab " Madanna,yamuddhu, madinatan " yg. bererti sifat pembangunan @ perbandaran serta keadaan budi bhs yg t'puji.


TAMADUN MENURUT SARJANA BARAT


1. ARNOLD TOYNBEE - sejenis k'budayaan yg b'kembang di kota dan m'punyai satu sistem masy. yg. dpt. m'bantu manusia menambahkan hasil pengeluaran. 


Ada 4 elemen :- ekonomi,politik,pengetahuan dan seni.


2. A.S HORNBY DAN E.C PARNWELL - meningkatkan percapaian manusia drp. k'munduran dlm. bidang sains,teknologi, politik, moral dsb.


3. J.R STRAYER - amat rapat hubungan dengan perbandaran. Tamadun itu lahir di bandar.


4. J.K FIEBLEMAN - k'pandaian mengeksploitasi material oleh masy.


5. E.B TAYLOR - rangkaian rumit yang m'rangkumi aspek2 keilmuan,k'percayaan, k'senian, nilai moral, perundangan,tradisi dsb.


6. OSWARLD SPENGLER - lebih m'mentingkn k'bendaan - m'bawa k'majuan.


7. WILL DURAT - peraturan masy. yg. m'bantu meningkatkan pengeluaran.- merangkumi 4 elemen :- 




SARJANA ISLAM


1. IBNU KHALDUN - Sekump. manusia yg. mendiami s'bidang tanah yg. m'punyai bekalan ekonomi yg. mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang t'jamin yang m'bolehkan mrk. m'capai k'majuan.


2. MUHAMAD IDRIS ABD. RAUF AL- MARBAWI
- Kehalusan budi org yang hidup di kota,memiliki peraturan yang baik sehingga b'jaya menghasilkan keamanan,kemakmuran dsb.


3. MUHAMAD RASYID REDHA
- Agama ialah asas tamadun kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual)  Rasionalnya tamdun dunia ditegakkan b'asaskn. k'percayaan agama.


4. SAYID QUTB
- segala kemajuan yg. dihasilkan oleh sekump. masy.


5. SAID HAWA
- terbahagi 2 :-
a) Tamadun Islam- segala aspek kemajuan yang ditegakkan berlandaskan budaya Islam.


b) Tamadun Jahiliah - kemajuan yang dicapai hanya berunsurkan kebendaan dan tidak mengambil kira unsur kerohanian.


6. UMAR AUDAH AL-KHATIB
- himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yg. menunjukkan keadaan pemikiran,ekonomi,akhlak,politik dsb.


7. MUHAMAD AL-BAHIY
- keseluruhan p'hasilan produktiviti yg. menggambarkan nilai keperibadian manusia.

















Sunday, October 2, 2011

> LITERASI NOMBOR

MODEL PENYELESAIAN MASALAH POLYA (1957)


Penyelesaian masalah POLYA terdiri 4 langkah :-

1. Memahami masalah.
2. Merancang strategi.
3. Melaksanakan strategi.
4. Menyemak semula.


 PENDEKATAN HEURISTIK


1. Merangkumi semua bidang penyelesaian masalah baik masalah  teknikal ( rutin ) dan bukan teknikal (bukan rutin).


2. Ia merupakan cadangan dan soalan yang perlu difikirkan pelajar dalam menyelesaikan masalah.


3. Boleh dikatakan sebagai proses memikirkan cara penyelesaian masalah yang kadang kala tidak disedari.


4. Berikut Heuristik yang biasa digunakan dalam Matematik :-


a) Membentuk masalah yang setara.
b) Mengubahsuai masalah
c) Memilih notasi berkesan.
d) Meneroka simetri.
e) Membahagikan kepada kes2 tertentu
f) Menggunakan situasi bercanggah.
g) Menyemak persamaan.
h) Mempertimbangkan kes ekstrim.
i) Membuat Generalisasi.


STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH


Ada 7 strategi :-


1. Teka dan uji
2. Menguruskan maklumat, carta, jadual dan graf.
3. Mencari pola.
4. Memudahkan masalah
5. Simulasi/ lakonan
6. Melukis gambarajah.
7. Bekerja secara songsang.


ABAKUS


Apakah yang anda tahu tentang abakus ?

Abukus ialah satu alat yang digunakan untuk membantu dalan pengiraan yang melibatkan 4 operasi asas iaitu +,-,X dan /.


Definisi Abakus


ABAKUS ialah perkataan Latin yang berasal dari perkataan Greek ABAX atau ABAKON (bermaksud 'jadual' atau 'kepingan'). kemungkinan juga abakus berasal dari perkataan ABQ @  ABAK yang bermaksud 'pasir'.