Saturday, August 20, 2011

ASSIGNMENT 20/8/2011 - 24/9/2011

1. PSV3101 EN.ZAKARIAH

TUGASAN 1: BUAT ESEI HURAIKAN KRAF TENUNAN DARI ASPEK2 BERIKUT

  1. PENGENALAN
  2. ALAT/BAHAN
  3. PROSES/LANGKAH-LANGKAH
  4. FUNGSI KRAF
  5. DIMENSI BARU
TENUNAN

Sejarah
           Perkembangan tenunan di Malaysia dipercayai berkaitan dengan pendatang yang kebanyakannya terdiri dari pedagang-pedagang. Pedagang-pedagang dari Jawa, Kepulauan Maluku, Borneo dan Bugis telah memperkenalkan beberapa jenis kain tenunan. Beberapa corak tenunan yang dihasilkan di Terengganu dan di Kelantan misalnya telah diberi nama seperti tempat asal pedagang-pedagang tersebut. Dengan ini terdapat tenunan corak Samarenda (Borneo Timur), corak Bugis dan corak Palembang. Tenunan ini termasuk juga kain corak Muar dari Johor.

           Tenun biasa ialah tenunan yang menghasilkan kain yang sering digunakan oleh golongan masyarakat biasa, terutama tenunan yang dibuat dari bahan benang kapas. Benang sutera juga digunakan tetapi harganya lebih mahal dari tenunan benang kapas. Tenunan kapas juga dipercayai merupakan tenunan pertama yang wujud di Kelantan dan ia lebih dikenali sebagai kain tenun balas dan setuli benang. Corak-coraknya juga sederhana disebabkan benang-benang masih terbatas warnanya. Pada masa yang sama iaitu kira-kira pada awal abad ke -18, masyarakat telah mengenali kain cindai, kain Bugis dan kain Acheh. Akan tetapi penenun tempatan mencipta corak-corak dengan menyusun benang-benang pada anian tanpa meniru kain-kain yang didatangkan dari luar.

Motif & Corak
               Jenis-jenis tenunan ini juga disebut sebagai tenunan bercorak kerana tidak terdapat bentuk motif yang digunakan kecuali ruang, petak dan jaluran. Dari segi penciptaan ragamhias, tenunan ini termasuk dalam bentuk yang paling sederhana.
Ragamhiasnya hanya terdiri dari corak dan sedikit bentuk motif berselitkan benang emas.

                Kain bercorak yang terkenal ialah corak Muar dengan menggunakan warna-warna dari cahaya muda dalam bentuk susunan petak dam.
Warna yang sering digunakan ialah kelabu, merah samar, jingga muda, putih, biru laut, hijau lumut dan kuning susu. Terdapat juga penggunaan caban benang emas yang menghasilkan bentuk motif garis halus atau kesan titik berbunga kecil, bertabur menghiasi ruang dan bidang-bidang bewarna. Bentuk motif yang terdapat pada kain tenun bercorak dikenali sebagai kain corak hujan panas iaitu kesan berkilat disebabkan oleh benang emas. Sedangkan garis lurus yang halus dari benang emas disebut sebagai tenun/songket selit. Kalau selitan ini terdapat pada bahagian kepala kain ia disebut corak beragi.

                  Kain corak Bugis selalunya dihiaskan dengan corak susunan catur yang sederhana tetapi terdapat banyak variasi/ragaman. Ruang kotak lebih kecil jika dibandingkan dengan kain corak Muar. Manakala warna yang digunakan sebagai latar ialah hijau atau merah.

                    Kain corak Samarenda umumnya dipenuhi dengan ruang lebar yang melintang serta berlatarkan warna gelap seperti ungu tua dan hitam sebagai tanah kain. Penggunaan benang loseng yang dicelup ikat akan menghasilkan corak 'tartan' atau bintik ular sawa, juga dikenali sebagai ragi bunga cuai. Beberapa corak lain yang sering dicipta ialah corak berdiri, melintang, mata bilis, siku keluang dan kisi-kisi. Jika dibandingkan corak ini dengan corak yang terdapat pada anyaman memang tidak banyak bezanya. Perbezaan jelas hanya terletak pada bahan asas yang digunakan serta proses penciptaan.


Proses Pembuatan

               Proses penciptaannya mengikut dasar tenunan tetapi tanpa teknik menyulam. Corak-corak kain ditentukan oleh benang-benang loseng yang telah disusun sejak proses mengani. Penggunaan warna benang loseng dan pakan akan menentukan serta menimbulkan corak geometri asli dengan bentuk kotak persegi atau persegi panjang, garis lurus dan melintang.

Teknik dan Proses

Setelah benang dibersihkan dan dimasukkan ke dalam pencelup warna, ia dibilas dengan air dan dijemur hingga kering.
Lapan proses lagi yang terlibat sebelum sesuatu tenunan boleh disiapkan ialah melerai, menganing, menggulung, menyampuk, menghubung, mengarak, menyolek dan menenun.

1. Melerai

Benang yang telah kering dimasukkan ke dalam sejenis alat yang bernama rahak untuk diputarkan pada satu alat yang bernama peleting. Proses ini dipanggil melerai. Terdapat dua jenis rahak, iaitu darwin pakan dan darwin emas. Darwin pakan digunakan untuk benang pakan sahaja. Ia diperbuat daripada buluh dan tali atau rotan. Darwin emas pula digunakan untuk benang emas sahaja dan diperbuat daripada kayu atau dawai kerana benang emas kasar dan berat.

2. Menganing

Benang yang telah menjalani proses melerai dimasukkan ke dalam alat menganing untuk menentukan ukuran panjang benang yang hendak dimuatkan pada alat ini. Biasanya segulung benang pakan atau seloseng yang berukuran 26 - 31 m boleh menghasilkan 12 - 14 helai kain.
3. Menggulung

Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang losen pada papan gulung yang hendak dipasung. Losen ialah benang yang memanjang pada kek. Kedudukan benang perlu diperiksa setiap tiga kali menggulung untuk memastikan susunan kemas.

4. Menyampuk

Menyampuk ialah proses memasukkan benang losen ke dalam gigi jentera atau sikat. Biasanya, proses ini dilakukan di dalam kek mengarak supaya senang untuk menyampuk benang kepada jentera. Setiap lubang sikat disusukan dua urat benang losen. Pada kedua belah hujung sikat itu disusukkan empat urat benang supaya tepi kain tidak terkoyak apabila disangkutkan pada kayu sumbi kain. Sumbi kain ialah sebatang anak kayu yang mempunyai paku di kedua-dua belah hujungnya. Sumbi kain menjaga tepi kain tenun supaya sama jarak dan tidak berkedut.

5. Menghubung

Menghubung ialah proses menyambungkan benang daripada losen kepada benang yang tertinggal pada jentera. Cara ikatannya dipanggil ubung tindas. Proses ini bertujuan menyambungkan benang losen untuk menenun. Meja kecil dinamakan meja hidangan berukuran 10 cm panjang, 8 cm lebar dan 20 cm digunakan untuk menghubung.

6. Mengarak

Kerja mengarak dilakukan setelah selesai proses menyampuk. Mengarak dilakukan dengan melilit benang asing atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang losen. Jumlah karat yang digunakan biasanya hanya dua karat dan setiap karat mempunyai empat batang anak kayu.

7. Menyolek

Kerja menyolek bunga merupakan kerja yang paling rumit dalam proses menenun kain songket. Cara menyolek reka corak adalah dengan menyusulkan lidi-lidi buluh pada benang losen yang dikehendaki. Biasanya kain songket ditenun dengan teknik tekat tiga atau tekat lima. Jika menggunakan tekat lima, setiap lima unit benang losen, satu benang alas ditolak ke bawah dan benang-benang alas ini disengkang pula dengan belira. Setelah benang losen berada di atas, barulah kamu boleh menyolek dalam pelbagai corak pada benang losen dengan menggunakan lidi buluh. Belira dimasukkan pada setiap lidi buluh tadi mengikut giliran. Belira ditegakkan untuk menyenangkan ikatan benang butang. Butang-butang inilah yang akan menjadikan corak atau motif bunga di atas kain songket. Apabila selesai proses menyongket, benang losen bersama karat-karatnya ditukar ke kek tenun untuk ditenun agar menjadi kain songket.

8. Menenun

Menenun adalah proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh benang pakan untuk dijadikan kain. Bagi kain songket bercorak penuh, benang emas dilayarkan melalui torak benang emas untuk menghasilkan sulaman motif bunga atau hiasan reka corak penuh. Bagi kain songket corak melintang atau corak bunga bertabur, benang emas dilayarkan melalui cubaan untuk mendapatkan motif-motif yang dikehendaki. Lazimnya selepas satu benang emas dilayarkan, ia dikepuh (beat) dan diikuti pula dengan melayarkan dua benang pakan. Penenun akan menukarkan benang butang mengikut giliran dan corak yang telah ditentukan. Proses ini diulangi sehingga menghasilkan sehelai kain songket.








TUGASAN 2 : BUAT PERBANDINGAN KRAF TEMBIKAR DAN WAU DARI ASPEK BERIKUT :


  1. PENGENALAN SEJARAH DAN TOKOH
  2. PERANAN DAN FUNGSI
  3. PROSES PENGHASILAN

TUGASAN 3 : HASILKAN PRODUK KRAF WAYANG KULIT KREATIF
  • SAIZ - LEBIH KURANG 16 X 30 CM
  • BAHAN - SESUAI
  • BOLEH DIGERAKKAN
  • BERWARNA HADAPAN DAN BELAKANG
  • KUKUH
  • TAG NAMA DIGANTUNG
** SEMUA INI TUGASAN INDIVIDU


membentuk potongan wayang kult




menebuk lubang sendi bagi menggerakkan wayang kulit



chopstick sebagai pengukuh wayang kulit


dawai digunakan bagi menggerakkan wayang kulit..



wayang kulit dimensi baru


wayang kulit dimensi baru


waaahhh...banyaknya wayang kulit dimensi baru..haah..ini bleh dijadikan contoh...kepada sesapa yg nak buat wayang kulit bleh pilih idea2 nie..harap dapat membantu..







2. PSV3102 EN. JAAFAR

TUGASAN 1: BERDASARKAN JENIS CATANAIR ISLAM TIMOR TENGAH .HURAIKAN ASPEK
                         BERIKUT :-


  1. TOKOH,FALSAFAH,PENGARUH DAN LATAR BELAKANG
  2. TEKNIK DAN LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN
  3. FUNGSI CATAN
  4. APRESIASI

** YANG NIE ASSIGNMENT KUMPULAN DENGAN PAK KU 


PAKKU - 1 DAN 2
AKU - 3 DAN 4




TUGASAN 2 : HASILKAN SATU CATAN AIR BERTEMAKAN ALAM BENDA



  • SAIZ A3 - LEBIH KURANG 28CM X 40CM
  • MEDIA - CAT AIR
  • TEKNIK WASH
  • DIBINGKAIKAN - 3X3X3X6CM
  • KUKUH BERSIH DAN KEMAS
  • LABEL NAMA - DITAMPAL DI HADAPAN BAWAH SEBELAH KANAN.

RUJUK KERTAS TUGASAN


* YANG NIE TUGASAN INDIVIDU








3. ENGLISH PROVICIENCY 

  • BACA HABISKAN MODUL BUAT LATIHAN
4. TITAS

  • BUAT POWERPOINT UNTUK BAHAN ASSGNTMENT PASTU 'PRESENTATION'


                              

HARI KE-3 20/8/2011 ( AKTIVITI 20/8/2011- 24/9/2011 )

Hari ke-3..kehidupan as student..ok la skit...kalau tak serabut..memanjang..nak biasakan diri la katakan..
tapi start jer kelas..alamak ai...ada KUIZ plak dah...mak kau...aper benda pun takda dalam kepala,jahanam dah aku...ambik kau,padan muka aku...soalan simple,tapi dengan maklumat takda dalam kepala...jadi keras kejap tak tau nak buat apa...nak goreng pun tak boleh sebab tanya soalan fakta....dari 12 soalan bleh jawab 2 jer...itu pun entah betul ker tidak..tu la...apasal aku tak study...En.zAkariah dengan senyum sinis jer bagi tau ini baru 20% dari soalan final periksa....WAaaaaa.....

lepas settle kuiz dapat assgntment plak...

harinie jugak dpt markah assignmt lepas konsep seni visual  tulis tangan..- B+  jer..member2 ada yang dapat A-..mm.bangga dengan diorang..aku alhamdullilah kira puas hati la,untuk target aku cuma nak lulus ja...dalam COURSE seni nie...


settle..dari pagi sampai tengah hari  minggu free,minggu ke-2 sambut raya...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...





AKTIVITI 31/7/2011 - 20/8/2011

Dalam tempoh nie aku rasa assigntment lebih banyak dari harituh...adoii..dengan tak faham nyer lagi..takper aku try jugak buat..nak buat camner..memang takder jalan...?

ASSIGNMENT ( SUBMIT ) 20/8/2011


1. ENGLISH PROVICIENCY 1- a) TASK 1
                                                          b) TASK 2
2. TITAS - a) SUMBANGAN  

SYEIKH MUHAMMAD IDRIS BIN ABDUL RAUF AL- MARBAWI
&
ABU NASR AL- FARABI

*buat dalam pwrpoint dan esei

3. PSV3101 EN.ZAKARIAH - 

* powerpoint berkumpulan dengan AMIN

4. PSV3102 EN JAAFAR - a)garisan buat dalam lukisan - jenis2 lukisan
                                        b) assgntment esei jenis garisan unsur alam.
                                        c) assign ment tembikar - tembikar Islam dan india dalam
                                            pwerpoint.( aku bahagian falsafah jerk )-berkumpulan

5. LITERASI NOMBOR - a) perbandingan pinjaman dan pembiayaan bank.


Huu..memang maklumat mula2 berterabur...dalam dok salin bleh ada lagi yang tertinggal..apala yang ada dalam kepala otak aku pun tak tau...apapun kali assgntment dapat dilaksanakan dengan baik..alhamdullillah..walaupun saat2 akhir ada lagi maklumat yang baru terima kata kena buat itu kena buat camnie....hadoi..





 ini assignmnet lukisan..LUKIS BENDA ALAM SEMULAJADI...skop pada garisan..






Monday, August 1, 2011

HARI KE-2 30/7/2011

Hari yang paling kelam kabut bagi aku......aper tak nyer,KIV nak print cover Assignment kat IPSAH, assignment sumer dah settle..nak print cover jer...sampai IPSAH time nak print,macam2 hal plak jadi...takleh print sebab takder installer,camner plak aku bleh lupa,..aduhhh,pastu dokumen perjanjian plak takder dan tak lengkap....aduuu...kelam kabut hari ni.....terpaksa kluar cari Cybercafe nak print...yang heran...takder plak tuh....aduuu..time aku kelam kabut nie la tak jumpa Cybercafe...selalunya kalu tak cari...berlambak perasan ader tepi jalan...,...akhirnya jumpa,..settle masalah,..tapi memang tensen..keadaan camni...harap2 tak berlaku lagi...tobat2...

Huh hari nie belajar mengenal konsep Seni..subjek En.Zakariah Abd. Ghani...mm pening jugak mula2,tapi bila diterangkan...alhamdullillah...boleh la paham skit2..


ada satu persoalan bagi mengenal konsep. seni...aktiviti pertama,




Apakah yang kita nampak pada gambarajah diatas,anda mungkin kata garisan,nombor satu dan garis lurus...


Tetapi bila garisan itu dilukis seperti di atas ia membawa maksud tertentu..iaitu nombor 1,2,3 dan 4.
menurut  En.zakariah,tidak dinamakan seni jika apa yang dilukis tidak membawa makna apa2..
Kemudian soalan diberikan..

tambah satu garisan dan jadikan gambar dalam bulatan itu menjadi nombor 6..........mula-mula memang pening la..yang aku tau ini no.9 roman..camner plak nak jadikan no.6..huuu..korang tau tak jawapan,?



:-)...jawapan nya ialah




kemudian aktiviti yang sama diulang....bagaimana nak menjadikan simbol ROman itu menjadi nilai 6 dengan kaedah yang sama tetapi jawapan yang berbeza hanya mengunakan satu garisan... cuba?


jawapannya.........ialah..


Kesimpulannya garisan bukan saja garisan  lurus,walaupun garisan itu dilukis berpintal-pintal,terputus,melengkung dan sebagainya...ia masih dianggap sebagai garisan...

AKTIVITI dalam kelas..






ini  bukan origami tapi KIRIGAMI