Thursday, January 31, 2013

> WAJ (OLAHRAGA)

OLAHRAGA

> ACARA 100M

PENGENALAN
http://www.docstoc.com/docs/131368807/0-PENGENALANpecut

SEJARAH

SEJARAH Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpil kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan.
Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an rama jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978

TEKNIK LARIAN 100M


GAYA PERMULAAN BAGI ACARA 100 METER

Gaya Peluru
Dalam permulaan gaya peluru (bullet start) kedua-dua belah kaki diletakkan pada jarak 28cm ke garisan belakang. Penyelidikan menunjukkan, semasa tapak kaki meninggalkan blok permulaan kecepatan (velocity) tidaklah baik. Ia juga memerlukan kekuatan untuk memulakan pecutan dengan cara ini. Oleh yang demikian permulaan gaya peluru ini tidak digalakkan bagi mereka yang baru menyertai acara pecut.

Gaya Sederhana
Permulaan jenis ini merupakan yang paling baik di antara ketiga-tiga jenis gaya dekam. Perbezaannya ialah pada kedudukan kaki belakang yang sederhana mengikut keselesaan peserta.

Gaya Panjang(elongated)
Dalam permulaan jenis ini, kaki belakang diletakkan jauh ke belakang dan kaki hadapan diletakkan berdekatan dengan garisan permulaan. Permulaan jenis ini jarang digunakan kerana meletakkan kaki belakang jauh dari garisan permulaan, tidak dapat memberikan keberkesanan yang tinggi semasa memulakan larian.
Latihan Ansur Maju 100 Meter
Larian atas bebola kaki
1. Murid berjalan dengan menggunakan bebola kaki.
2. Murid skip dengan menggunakan bebola kaki.

Angkat Lutut Tinggi
1. Lutut angkat sama tinggi dengan pinggang.
2. Badan condong ke hadapan lebih kurang 45°
3. Kepala tegak jangan terangguk.
4. Mata tumpu terus di hadapan lebih kurang 2m ke hadapan.
5. Bahu relaks.

Hayunan Tangan
1. Siku bengkok lebih kurang 90°.
2. Hayun tangan ke belakang melepasi badan di sisi pinggang pada ketinggian pinggul.
3. Tangan hayun dengan cepat dan bebas.

Berlari Mengikut Lorong
1. Murid melakukan larian pecut sejauh 30m dengan menggunakan teknik yang betul secara perlahan.
2. Murid melakukan larian pecut sejauh 40m dengan menggunakan teknik yang betul secara perlahan

Teknik Permulaan Dekam
1. Permulaan Sederhana.
a. Berdiri di belakang garisan permulaan.
b. Jarak di antara bahagian hadapan blok dengan garisan permulaan antara 30-50 cm.
c. Pastikan blok permulaan dipasang dengan baik, ketat dan kemas. Ia diletakkan bersudut tepat dengan garisan permulaan.

2. Kedudukan ke garisan
a. Kaki permulaan di atas blok permulaan. Kaki hadapan haruslah diselaraskan dengan lutut kaki belakang.
b. Lengan hendaklah diluruskan dan jangan kuncikan siku. Bahu dinaikkan lebih tinggi daripada tangan.
c. Letakkan kedua-dua tangan di belakang garisan permulaan dengan membuka ibu jari dan jari-jari lain tanpa menyentuh garisan. Jarak antara kedua-dua tangan seluas bahu.
d. Kedudukan kepala adalah seperti biasa, mata memandang pada titik I meter ke hadapan.

3. Kedudukan Sedia.
a. Kedudukan lutut kaki hadapan lebih kurang 90° dari aras tanah. Lutut kaki belakang lebih kurang 120° dari aras tanah.
b. Pinggang hendaklah lebih tinggi sedikit daripada bahu. Bahu pula harus pula harus tinggi sedikit daripada kepala.
c. Tangan diluruskan. Kedudukan kepala tidak berubah.
d. Tekan kedua-dua belah kaki dengan kuat pada blok permulaan.
e. Mata memandang pada titik 1 meter ke hadapan.

4. Kedudukan Berlepas
a. Bergerak pantas dan lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan serta-merta. Kedua-dua kaki menolak blok permulaan dengan kuat.
b. Tolakkan jari tangan sekuat yang boleh untuk membantu pelepasan keseluruhan badan dari blok.
c. Condongkan badan dan mata tumpu pada titik 1 meter ke hadapan.

5. Permulaan Larian.
a. Kaki lonjakan dibawa ke hadapan.
b. Tubuh badan direndahkan.
c. Kepala ditundukkan sedikit.
d. Mata tertumpu pada trek.
e. Langkah permulaan pendek untuk 10 meter pertama.
f. Kaki diluaskan sedikit.

6. Semasa Larian
a. Atlet memecut dengan langkah yang panjang dan cepat.c
b. Lutut diangkat tinggi.
c. Menghayaun lengan dengan pantas.
d. Lari atas bebola kaki.
e. Siku dirapat pada badan dan dibengkok pada sudut 90°.








> BMM 3117

1. TRANSFORMASI GENERATIF


Teori Nahu Transformasi Generatif


Teori nahu Transformasi Generatif (TG) mula diperkenalkan dalam bidang linguistik dalam tahun 1957 oleh pelopornya Noam Chomsky melalui buku beliau yang bertajuk ‘Syntactic Structure’. Lapan tahun kemudian terbit pula sebuah buku yang bertajuk ‘Aspects of the Theory of Syntac’ – buku yang telah menerangkan nahu transformasi ini dengan lebih eksplisit dan dan formal. Menurut Chomsky, nahu terdiri daripada seberkas rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya dalam teori standard transformasi generatif seperti yang terdapat dalam buku ‘Aspects of the Theory of Syntac’ . Berasaskan teori ini, nahu dibahagikan kepada tiga komponen iaitu



(i) semantik
 (ii) sintaksis
 (iii) fonologi.



Sebelum wujudnya teori TG, aliran linguistik yang mendapat perhatian (terutamanya di US) ialah aliran struktural. Ahli-ahli bahasa aliran ini mengkaji bahasa secara manganalisis data bahasa yang diperoleh daripada penutur asli (native speakers). Bahasa dianggap satu keseluruhan yang boleh dipecah-pecahkan menjadi unit yang lebih kecil. Analisis bahasa biasanya dimulai daripada unit yang terkecil iaitu fonem menuju kepada unit yang lebih besar iaitu ayat. Setelah membahagikan korpus bahasa kepada unit-unit yang lebih kecil tugas ahli bahasa ialah mencari sistem atau pola disebalik unit-unit kecil itu. Mereka sangat ghairah mencari pasangan minima, bunyi-bunyi bahasa yang saling melengkapi , varian atau bunyi-bunyi yang bervariasi bebas. Chomsky menamakan kajian ini kajian taksonomi dan menganggap kajian seperti ini bersifat sains pengelasan.



Berbeza dengan aliran struktural ini, penganut nahu TG menganggap fonologi atau struktur bunyi sesuatu bahasa itu sebagai satu sistem rumus yang mencerminkan kecekapan fonologi penutur natif yang ideal. Fonologi TG tidak mementingkan sangat perbezaan bunyi yang distingtif atau perbezaan permukaan. Tujuan utamanya ialah memformulasasikan kecekapan fonologi instrinsik seseorang penutur sebagai satu sistem rumus yang bertanggungjawab melahirkan representasi fonetik daripada struktur permukaan sintaksis.



Tentang representasi fonetik ini, ahli-ahli fonologi generatif telah mengenalpasti perbezaan dasar dari segi linguistik mengenai dua maklumat fonetik iaitu ‘sebahagian daripada realisasi fonetik sesuatu morfem itu bersifat idiosinkratik dan sebahagiannya pula bersifat regular sistematis dalam struktur bunyi sesuatu bahasa itu’.

Untuk membezakan dua ciri fonetik ini ahli-ahli fonologi generatif mengemukakan dua jenis alat yang dikenali sebagai ‘senarai’ dan ‘rumus’. Kesemua ciri idiosinkratik tentang penyebutan sesuatu morfem itu disenaraikan dalam representasi leksikal di dalam leksikon.



Manakala ciri-ciri regular yang sistematis dikendalikan oleh rumus-rumus fonologi dalam komponen fonologi. Sehubungan ini, komponen fonologi mempunyai dua peringkat representasi iaitu -‘representasi dalaman’ (yang mengandungi semua maklumat idiosinkratik tentang penyebutan sesuatu morfem dalam ujaran

-’representasi permukaan’ (yang mempunyai maklumat idiosinkratik dan maklumat yang boleh diramalkan iaitu yang bersifat regular sistematis)



representasi dalaman - / /

representasi permukaan - [ ]



Peranan rumus-rumus fonologi dalam komponen fonologi ialah untuk memerihalkan pertukaran bentuk dasar dalam representsi dalaman ke bentuk fonetik dalam representasi permukaan.



Dalam fonologi TG, huraian fonologi pada tahap fonemik dan fonetik serta pernyertaan rumus-rumus yang menghasilkan representasi fonetik daripada representasi fonemik dilakukan dengan menggunakan fitur-fitur distingtif. Dengan ini bermakna fonem tidak lagi dianggap sebagai unit dasar (terkecil) dan tempatnya diambil-alih oleh fitur distingtif.



Satu konsep penting berkaitan fitur distingtif ialah konsep ‘kelas natural’. Satu kumpulan segmen membentuk satu kelas natural sekiranya segmen-segmen itu dapat dinyatakan dengan menggunakan fitur-fitur yang sedikit (kurang) jika dibandingkan dengan fitur-fitur yang diperlukan untuk menyatakan mana-mana segmen dalam kelas itu secara individu. Konsep kelas natural ini penting dalam TG kerana biasanya proses-proses fonologi bertindak terhadap segmen-segmen dalam satu-satu kelas natural dan bukannya secara segmen-segmen dalam bentuk individu.



Konsep kelas natural ini digunakan dengan meluas untuk pernyataan rumus-rumus fonologi TG. Salah satu matlamat dasar fonologi TG ialah menyatakan proses-proses fonologi yang mengubah representasi dalaman dalam bentuk rumus-rumus. Apabila terdapat proses-proses fonologi maka segmen-segmen tertentu akan mengalami perubahan.



Rumus-rumus fonologi hendaklah menggambarkan tiga perkara asas ini

(i) Segmen manakah yang berubah

(ii) Apakah perubahan yang berlaku

(iii) Apakah keadaan atau lingkungan yang menyebabkan perubahan itu berlaku

(iv) Fonologi TG mempunyai sistem notasi yang khusus untuk menyatakan proses-proses fonologi dan pernyataan rumus-rumus secara konsisten amat diutamakan. Perubahan daripada representasi dalaman kepada representasi permukaan bukanlah melalui satu proses fonologi atau satu rumus sahaja. Biasanya beberapa rumus bertindak untuk mengubah sesuatu representasi fonemik menjadi representasi fonetik. Setiap rumus hanya bertindak ke atas segmen-segmen tertentu sahaja dan membiarkan segmen-segmen yang lain untuk tindakan rumus-rumus yang lain.

(v) (Satu persoalan yang hangat diperdebatkan oleh ahli-ahli fonologi generatif ialah perlaksanaan aturan rumus-rumus fonologi fonlogi itu. Adakah rumus-rumus diaplikasikan mengikut aturan yang tetap dan teratur ataupun secara serentak.)

(vi) Teori Standard Fonologi TG mengusulkan bahawa rumus-rumus dilaksanakan mengikut aturan iaitu satu rumus harus mendahului rumus yang lain. Berdasarkan data-data bahasa yang berlainan, ahli-ahli fonologi generatif telah mengemukakan pelbagai pandangan tentang persoalan ini. Sesetengah perlaksanaan rumus dikatakan perlu diatur secara terikat iaitu rumus-rumus itu disusun mengikut aturan tertentu supaya output daripada rumus menjadi input kepada rumus yang lain. Namun, ada juga rumus yang dikatakan tidak terikat.

(vii) Rumus-rumus lain pula bersifat serentak perlaksanaannya. Apabila morfem digabungkan untuk membentuk kata-kata terbitan, segmen daripada morfem yang digabungkan itu terletak di sisi antara satu sama lain. Kadang-kadang segmen itu mengalami perubahan. Perubahan-perubahan juga boleh berlaku pada lingkungan-lingkungan selain daripada lingkungan kedua-dua morfem yang bergabung tersebut, misalnya pada awal kata dan akhir kata. Ia juga boleh berlaku akibat penggabungan morfem. Semua perubahan seperti ini dikenali sebagai ‘proses fonologi’



2. TEORI FUNGSIONAL


Teori Fungsional



Teori ini berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an. Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu Halliday dan Wilkins, bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur malahan mereka juga memberikan perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Kajian bahasa bukan semata-mata tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa bahkan juga terhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi. Halliday menganggap bahasa sebagai alat perhubungan.
Teori ini mewujudkan pelbagai variasi bahasa dalam penggunaan bahasa. Fungsi sosial bahasa memainkan peranan penting dalam pembentukan sistem bahasa. Hal ini kerana teori ini mementingkan aspek semantik. Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal. Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur. Teori ini turut memberi perhatian kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang ditekankan ialah perubahan yang berlaku pada bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.
Tiga fungsi utama dalam berbahasa ialah fungsi ideasional, interpersonal, dan tekstual. Fungsi ideasional menyatakan pengucapan serta hasrat dan fikiran. Manakala, fungsi interpersonal menggambarkan gambaran operasi bahasa sebagai alat interaksi. Dan akhir sekali, fungsi tekstual menggambarkan bagaimana bentuk-bentuk ayat untuk menyampaikan mesej.
Teori ini sangat mementingkan aspek semantik. Kajian bahasa bukan setakat struktur tetapi fungsinya sebagai alat komunikasi. Ahli-ahli bahasa fungsional mempunyai anggapan tertentu tentang bahasa, antara lainnya ialah sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi bukan merupakan satu sistem yang tertutup dan statik sebaliknya terbuka dan dinamis. Seterusnya, asas elemen-elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan sintaksis. Oleh sebab bahasa tidak statik, maka terdapat variasi dalam penggunaan bahasa. Kemudian, variasi bahasa ini timbul disebabkan tuntutan sesuatu situasi sosial. Sebagai alat perhubungan, fungsi bahasa bukan setakat untuk menggambarkan fikiran tetapi juga dapat menggambarkan penuturnya.

> PSV SEM 4

Kena buat pembentangan pada 23/1/2013

1. PSV 3107 - Pendekatan DBAE ,disiplin -base art edu.
2. BMM3117 - Transformasi generatif dan teori fungsional
3. PSV 3108 - buat arca gabungan haiwan guna plastesin
4. WAJ          - olahraga ceritakan hal2 yang berkaitan tentang 100m