Thursday, January 31, 2013

> WAJ (OLAHRAGA)

OLAHRAGA

> ACARA 100M

PENGENALAN
http://www.docstoc.com/docs/131368807/0-PENGENALANpecut

SEJARAH

SEJARAH Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpil kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan.
Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an rama jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978

TEKNIK LARIAN 100M


GAYA PERMULAAN BAGI ACARA 100 METER

Gaya Peluru
Dalam permulaan gaya peluru (bullet start) kedua-dua belah kaki diletakkan pada jarak 28cm ke garisan belakang. Penyelidikan menunjukkan, semasa tapak kaki meninggalkan blok permulaan kecepatan (velocity) tidaklah baik. Ia juga memerlukan kekuatan untuk memulakan pecutan dengan cara ini. Oleh yang demikian permulaan gaya peluru ini tidak digalakkan bagi mereka yang baru menyertai acara pecut.

Gaya Sederhana
Permulaan jenis ini merupakan yang paling baik di antara ketiga-tiga jenis gaya dekam. Perbezaannya ialah pada kedudukan kaki belakang yang sederhana mengikut keselesaan peserta.

Gaya Panjang(elongated)
Dalam permulaan jenis ini, kaki belakang diletakkan jauh ke belakang dan kaki hadapan diletakkan berdekatan dengan garisan permulaan. Permulaan jenis ini jarang digunakan kerana meletakkan kaki belakang jauh dari garisan permulaan, tidak dapat memberikan keberkesanan yang tinggi semasa memulakan larian.
Latihan Ansur Maju 100 Meter
Larian atas bebola kaki
1. Murid berjalan dengan menggunakan bebola kaki.
2. Murid skip dengan menggunakan bebola kaki.

Angkat Lutut Tinggi
1. Lutut angkat sama tinggi dengan pinggang.
2. Badan condong ke hadapan lebih kurang 45°
3. Kepala tegak jangan terangguk.
4. Mata tumpu terus di hadapan lebih kurang 2m ke hadapan.
5. Bahu relaks.

Hayunan Tangan
1. Siku bengkok lebih kurang 90°.
2. Hayun tangan ke belakang melepasi badan di sisi pinggang pada ketinggian pinggul.
3. Tangan hayun dengan cepat dan bebas.

Berlari Mengikut Lorong
1. Murid melakukan larian pecut sejauh 30m dengan menggunakan teknik yang betul secara perlahan.
2. Murid melakukan larian pecut sejauh 40m dengan menggunakan teknik yang betul secara perlahan

Teknik Permulaan Dekam
1. Permulaan Sederhana.
a. Berdiri di belakang garisan permulaan.
b. Jarak di antara bahagian hadapan blok dengan garisan permulaan antara 30-50 cm.
c. Pastikan blok permulaan dipasang dengan baik, ketat dan kemas. Ia diletakkan bersudut tepat dengan garisan permulaan.

2. Kedudukan ke garisan
a. Kaki permulaan di atas blok permulaan. Kaki hadapan haruslah diselaraskan dengan lutut kaki belakang.
b. Lengan hendaklah diluruskan dan jangan kuncikan siku. Bahu dinaikkan lebih tinggi daripada tangan.
c. Letakkan kedua-dua tangan di belakang garisan permulaan dengan membuka ibu jari dan jari-jari lain tanpa menyentuh garisan. Jarak antara kedua-dua tangan seluas bahu.
d. Kedudukan kepala adalah seperti biasa, mata memandang pada titik I meter ke hadapan.

3. Kedudukan Sedia.
a. Kedudukan lutut kaki hadapan lebih kurang 90° dari aras tanah. Lutut kaki belakang lebih kurang 120° dari aras tanah.
b. Pinggang hendaklah lebih tinggi sedikit daripada bahu. Bahu pula harus pula harus tinggi sedikit daripada kepala.
c. Tangan diluruskan. Kedudukan kepala tidak berubah.
d. Tekan kedua-dua belah kaki dengan kuat pada blok permulaan.
e. Mata memandang pada titik 1 meter ke hadapan.

4. Kedudukan Berlepas
a. Bergerak pantas dan lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan serta-merta. Kedua-dua kaki menolak blok permulaan dengan kuat.
b. Tolakkan jari tangan sekuat yang boleh untuk membantu pelepasan keseluruhan badan dari blok.
c. Condongkan badan dan mata tumpu pada titik 1 meter ke hadapan.

5. Permulaan Larian.
a. Kaki lonjakan dibawa ke hadapan.
b. Tubuh badan direndahkan.
c. Kepala ditundukkan sedikit.
d. Mata tertumpu pada trek.
e. Langkah permulaan pendek untuk 10 meter pertama.
f. Kaki diluaskan sedikit.

6. Semasa Larian
a. Atlet memecut dengan langkah yang panjang dan cepat.c
b. Lutut diangkat tinggi.
c. Menghayaun lengan dengan pantas.
d. Lari atas bebola kaki.
e. Siku dirapat pada badan dan dibengkok pada sudut 90°.








No comments:

Post a Comment