Saturday, June 23, 2012

EDU3106-BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

PENGERTIAN BUDAYA


NOTA TOPIK 1: http://kheru2006.i8.com/EDU3106/1_Budaya.htm

*demografi  bermaksud :  1. tempat
                                      2. populasi


*PERPADUAN NEGARA MALAYSIA - selalu keluar dalam soalan esei



TOPIK 2 –

Budaya: Bab 2 Kesedaran kepelbagaian Sosio Budaya

KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

1)Bangsa

—  kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifat-sifatnya.
—  Ditakrifkan juga sebagai kaum atau ras.
—  Bangsa atau kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India
—  Bangsa dikaitkan dengan nasionaliti, rupa bangsa dan semangat patroitik.
—  Sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama.

2) Jenis Nasionalisme Bangsa

—  Nasionalisme sebelum negara cth Israel.
—  Nasionalisme selepas negara cth Switzerland.
—  Nasionalisme dunia ketiga cth negara Asia.
—  Nasionalisme menyeluruh cth Pertubuhan Negara Afrika.
—  Nasionalisme komuniti konflik cth orang Islam di Rusia dan, Bosnia.
—  Nasionalisme totalitarium cth Jerman semasa pemerintahan Hitler.

3) Bangsa Melayu

—  Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.
—  Menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam.
—  Istilah "Melayu" untuk merujuk nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka. 

4) Bangsa Cina

—  Orang Cina Malaysia ialah  yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan yang datang dari China,tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20.
—  Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya kerana batasan agama.
—  Orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik.

5) Bangsa India

—  Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.
—  Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu sebelum dan semasa Kesultanan Melaka, kemudian semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda seterusnya semasa penjajahan British.
—  Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

6) Struktur Masyarakat/ Kelas Sosial

—  Sekelompok besar manusia yang saling berhubungan & bergantungan berasaskan satu budaya dan mempunyai matlamat yang sama.
—  Struktur masyarakat ialah sebuah rangkaian hubungan antara orang yang membentuk sistem separuh tertutup dan berkongsi kebudayaan, adat-adat, nilai-nilai, undang-undang dan sebagainya.
—  Sebuah masyarakat juga boleh merupakan sebuah komuniti yang saling bergantung antara golongan yang wujud bersama. Makna "masyarakat" ialah "segolongan orang yang tinggal bersama-sama di sebuah komuniti yang teratur".

7) Kepercayaan

—  Akuan akan benarnya sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' terhadap pekara berkenaan.
—  Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude).
—  Dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Kepercayaan dikenali sebagai akidah ataupun iman.

8)Agama

—  Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.
—  Agama dan kepercayaan merupakan dua perkara yang sangat berkaitan.  Namun begitu agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan adalah mengenai aspek ketuhanan.
—  Agama memiliki suatu prinsip spt 10 Firman dalam agama Kristian, 5 rukun Islam dalam agama Islam & dewa dewi dalam agama Hindu.
—  Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:
            1. Perlakuan
- seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.
            2. Sikap
- seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama.
           
            3. Pernyataan
- seperti jampi,mantera dan kalimat suci.
            4. Benda-benda material
- yang zahir seperti bangunan. Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal

9)Animisme

—  Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala.
—  Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu.

10)Semangat Padi

—  Kepercayaan semangat padi ini merupakan satu kepercayaan kuno yang diwarisi dari zaman animisme, kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat yang mengawalnya.
—  Kepercayaan ini terdapat meluas dalam kalangan kebudayaan yang menanam padi secara turun temurun dan tidak terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.
—  Kepercayaan ini kian terhakis akibat daripada pendalaman akidah Islam dan juga perkembangan teknologi. Pada masa kini, kepercayaan terhadap semangat padi semakin pudar dan hanya diamalkan oleh golongan tua sahaja.

11)Mantera

—  Mentera diambil daripada perkataan sanskrit "mantra" atau "manir" yang merujuk kata-kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda.
—  Dalam masyarakat Melayu, mentera atau juga dikenali sebagai jampi, serapah, atau seru merupakan sejenis pengucapan yang berentak puisi yang mengandungi unsur sihir dan bertujuan bagi menpengaruhi atau mengawal sesuatu perkara untuk memenuhi kenginan penuturnya.
—  Mentera dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar-biasa yang membolehkan pembacanya mengawal seseorang atau alam semulajadi.

12)Bahasa

—  Bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks; Cole 1998.
—    Life is lived as a series of conversations Tannen 1990.
—  Bahasa bersifat dinamik- bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa

13)Adat Resam

•         Andersen and Taylor 2004;
            “Norms are the specific cultural expectations for how to behave in a given situation.”
•         Marsh and Keating 1996;
            “Norms are the unwritten rules that influence people’s behaviour.”
•         Resam
•         Membongkokkan badan apabila lalu di hadapan orang tua sebagai tanda hormat.

14)Nilai / Kepercayaan

—  Nilai dan kepercayaan saling berkaitan
—  Kepercayaan memberi hala tuju manusia tentang kehidupan.
—  Nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat. (tanggapan)
÷   betul atau salah
÷   cantik atau hodoh
÷   baik atau buruk
÷  Nilai dalam masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat tersebut.
—  Etnosentrik: menilai budaya masyarakat lain berpandukan nilai, kepercayaan dan norma sendiri.
—  Relativisme: sesuatu budaya tidak boleh dinilai secara arbitrari  dengan menggunakan nilai, kepercayaan dan norma sendiri.
—  Xenosentrisme: anggapan bahawa budaya masyarakat lain lebih baik daripada masyarakat sendiri.

15)Jantina

—  The term gender describes masculinity and femininity-the thoughts, feelings, and behavior that identify one as either male or female (Butler & Manning, 1998).
—  Walaupun ada persamaan antara lelaki dan perempuan, terdapat juga perbezaan di mana guru harus mengenal pasti dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan jantina.
—  Guru bertanggungjawab menjelaskan tentang kepercayaan mengenai lelaki dan perempuan yang begitu stereotaip.



RUJUKAN
1. BUKU SOSIOLOGI
2. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

PSV3106-LUKISAN DAN REKAAN CORAK

1.SIAPKAN REKAAN CORAK...HANTAR 28/7/2012




2. GUNTING KAIN YG BERCORAK PD. KERTAS LUKISAN.@AMBIL GAMBAR DAN PRINT OUT LEKAT PADA KERTAS LUKISAN



Friday, June 22, 2012

PSV3105-PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV

NOTA PSV3105
http://www.scribd.com/doc/71258225/nota-psv-3105


RUJUKAN
1. http://saliah-anjungilmu.blogspot.com/2011/11/psv-3105-pengajaran-danpembelajaran.html

WAJ3106-HUBUNGAN ETNIK


SINOPSIS KURSUS
Kursus ini memfokuskan perbincangan tentang konsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik serta meneliti perkembangan hubungan etnik di Malaysia. Hasratnya adalah mewujudkan masyarakat Malaysia menurut acuan Malaysia. Adalah diharapkan pelajar dapat memahami dan menangani cabaran global dalam hubungan budaya dan etnik di peringkat Malaysia dan Asia. Kursus ini juga memperkenalkan para pelajar terhadap hubungan etnik menurut perspektif Islam.

(This course focuses on basic concepts of culture and an ethnic relation with special attention to the latter’s development in Malaysia. Its main aim is to bring about a specially-moulded Malaysian society. It is hoped that students will have a good understanding of the concept and develop ideas to tackle global challenges in cultural and ethnic relationships at national and Asian levels. This course also introduces students about ethnic relations from Islamic perspective.)


TAJUK 2: KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Memperkenalkan konsep-konsep hubungan etnik yang merangkumi konsep budaya, masyarakat dan Perpaduan & Integrasi.

TAJUK 3: PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH
Pluraliti masyarakat Alam Melayu Dalam Sejarah, bentuk dan struktur masyarakat.
a. Kemunculan Melaka dan masyarakat pluralistik
b. Peranan Perlak, Pasai, Aceh, Johor, Riau, dll.(Perhubungan dagangan, perkahwinan, perkampungan)
c. Asimilasi golongan pendatang
d. Kuliah akan membincangkan beberapa konsep utama yang akan menjadi alat analisis terhadap realiti budaya dan hubungan etnik di Malaysia. Konsep utama adalah konsep sistem sosial, yang mengandungi tiga komponen utama iaitu, masyarakat, budaya dan individu
e. Sebelum bertapaknya penjajahan Eropah di rantau Nusantara, tidak wujud negara-bangsa seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina dan Thailand yang mempunyai sempadan geo-fizikal masing-masing. Ketika itu sistem sosial rantau Nusantara bercirikan unsur polity dan plurality . Kuliah ini membincangkan bentuk-bentuk masyarakat, budaya dan individu dalam konteks sistem sosial pra-penjajahan ini.
f. Kuliah ini membincangkan kepelbagaian bentuk masyarakat, budaya dan individu dalam konteks sistem sosial pasca-penjajahan ini.

TAJUK 4: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Perlembagaan Malaysia telah dianggap bukan sahaja sebagai institusi tunjang bahkan sebagai suatu ‘kontrak sosial’ yang menstrukturkan sistem sosial Malaysia. Proses penggubalan dan penerimaannya penuh dengan perundingan, perdebatan dan tolak-ansur antara kelompok etnik di Malaysia. Sebahagian daripada perlaksanaannya masih diperkatakan dari segi legitimasi politiknya. Kuliah ini membincangkan sejarah penggubalan, perundingan dan perlaksanaan Perlembagaan Malaysia serta beberapa masalah yang terkait dengan hubungan etnik dan penyelesaian yang dicapai.

TAJUK 5: PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Modenisasi, umumnya mengandungi dua aspek utama iaitu pembangunan ekonomi dan pembinaan negara-bangsa. Sasaran pelaksanaan dan pencapaian dalam kedua aspek ini berbeza tetapi saling melengkapi kerana pembangunan ekonomi mengidamkan sebuah masyarakat industrial dan pembinaan negara-bangsa mengidamkan suatu bangsa yang bersatu padu. Kuliah ini membincangkan sejarah pembangunan ekonomi Malaysia daripada zaman penjajahan hingga sekarang, yang memperlihatkan bagaimana isu hubungan etnik tersulam dalam isu dan dasar pembangunan ekonomi seperti perlaksanaan dasar Ekonomi Baru.

TAJUK 6: CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DAN GLOBAL
a. Acuan untuk membina rakyat Malaysia yang mempunyai towering personality(personaliti unggul); agama,bahasa, nilai murni.
b. Cabaran Inter-Intra Hubungan Etnik
c. Implikasi apabila hubungan etnik kurang sempurna,contoh :
- peristiwa 13 Mei 1969
- peristiwa kampung Medan
d. Kaedah penghayatan : Islam sebagai penyelesaian

TAJUK 7: PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Modenisasi, umumnya mengandungi dua aspek utama iaitu pembangunan ekonomi dan pembinaan negara-bangsa. Sasaran perlaksanaan dan pencapaian dalam kedua-dua aspek ini berbeza tetapi saling melengkapi kerana pembangunan ekonomi mengidamkan sebuah masyarakat industrial dan pembinaan negara-bangsa mengidamkan suatu bangsa yang bersatu-padu. Kuliah ini membincangkan secara khusus proses pembinaan negari-negari di Malaysia yang beputik pada zaman penjajahan dan mekar hingga sekarang, yang memperlihatkan bagaimana isu hubungan etnik senantiasa menjadi topik perbincangan. Kuliah ini turut membincangkan beberapa usaha konkrit ke arah mencapai cita-cita perpaduan nasional seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Wawasan 2020. Setiap dasar ini menghadapi beberapa cabaran dalam pelaksanaannya dan hal ini akan turut dikupas dalam kuliah.


TAJUK 8: ISLAM HADHARI DAN HUBUNGAN ETNIK
Islam yang bertapak sejak sekian lama di Alam Melayu telah menjadi sumber rujukan utama dalam aspek sosial, ekonomi, budaya dan politik. Hal tersebut terbukti dengan termaktubnya Islam sebagai agama rasmi dan sumber kepada perundangan, seperti tercatat dalam Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Pahang. Kini Islam mendapat tempat di dalam Perlembagaan Malaysia dan masih menjadi isu dalam konteks kehidupan sosial, budaya dan politik Malaysia. Kuliah ini akan membincangkan kedudukan Islam Hadhari dalam realiti budaya dan kehidupan etnik di Malaysia, dalam konteks rentas waktu yang berbeza, iaitu zaman pra-penjajahan, penjajahan, dan pasca-penjajahan.

TAJUK 9: HUBUNGAN ETNIK KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI

Pengalaman penjajahan telah memperkenalkan suatu bentuk ilmu, iaitu ‘ilmu kolonial’ yang telah mencipta himpunan maklumat dan analisis mengenai etnisiti, kelas dan wilayah di Malaysia untuk kegunaan pentadbiran berkesan pemerintahan British. Kategori seperti etnisiti, kelas dan wilayah telah dijadikan asas kepada pembentukan pelbagai dasar seperti dasar ekonomi, politik, dan pendidikan. Pelaksanaannya telah menimbulkan pelbagai masalah yang masih dirasakan kesannya hingga sekarang kerana sebahagian besarnya telah dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Kuliah ini membincangkan pembentukan kelompok etnik dan hubungan antara kelompok serta masalah yang timbul daripada interaksi antara etnik. Kuliah ini juga memperkatakan tentang pengaruh kelas sosial dalam dinamik sistem sosial di Malaysia, seperti pembentukan kelas menengah. Dari segi ruang fizikal, dengan wujudnya konsep seperti “Pantai
Timur” dan “Pantai Barat” atau “Malaysia Timur” dan “Malaysia Barat” telah mempengaruhi agihan ekonomi, proses politik dan hubungan antara kelompok etnik. Tema ini juga akan dibincangkan.



soalan-soalan
http://www.scribd.com/doc/51234058/SOALAN-ETNIK-WAJ-3106

BMM3101-PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BM SR


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."




1. KEMAHIRAN BERBAHASA

Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

Kemahiran Mendengar
Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti , memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.

Kemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

Kemahiran Membaca
Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.



2. ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.




3. MATLAMAT

Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.

4. Sistem Bahasa

Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah.

I. Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran Mendengar dan Bertutur merupakan keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada     perbualan harian atau situasi formal. Kemahiran ini bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta dapat membincangkan topik yang     lebih mencabar. Semua perbualan harus mengambil kira aspek sosiobudaya dan tatasusila untuk menjamin kesejahteraan hubungan. Hasil Pembelajaran bagi     Kemahiran Mendengar dan Bertutur ialah berbual, bercerita, menyampaikan maklumat, dan berbincang.

1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal.
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.
1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.
1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.
1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.
1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca , atau dialami.
2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat.

3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan berkesan
3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
3.2 Menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan.
3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang.

4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila
4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat , dan tersusun.
4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.
4.3 Mengemukakan hujah untuk menyokong atau menentang sesuatu pendirian dengan memberikan alasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yang terancang.
4.4 Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak pandangan dan pendapat dalam perundingan bagi mencapai kata sepakat.


II. Kemahiran Membaca

Kemahiran Membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami bahan yang dibaca. Penekanan diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis. Pelbagai teknik membaca diajarkan kepada murid untuk memastikan keefisienan membaca. Hasil Pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah membaca kuat, memahami maklumat , menaakul , dan menghayati teks.

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks
6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.
6.2 Mengenal pasti pelbagai genre penulisan.
6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.
6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh.
6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.
6.6 Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberi dalam bahan ilmu.

7.0 Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teks yang dibaca
7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.
7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca.
7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca.

III. Kemahiran Menulis

Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan. Hasil pembelajaran bagi Kemahiran Menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif, dan membuat ulasan.

8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
8.3 Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas.
8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.
8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan bagi sesebuah karangan.
8.6 Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan.

9.0 Mencatat dan menyusun maklumat
9.1 Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan.
9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.
9.3 Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca secara kohesif.

10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.
10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan dibaca.

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau dibaca
11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.
11.2 Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana, nilai dan pengajaran.
11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.
11.4 Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikan oleh pihak lain.

SISTEM BAHASA

Sistem Bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Penerangan ringkas bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.

1.0 Tatabahasa
Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.

1.1 Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan , dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek morfologi yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut:

a. Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi

i. kata asli bahasa Melayu
ii. kata pinjaman bahasa Melayu

b. Bentuk kata

i. kata tunggal
ii. kata terbitan
iii. kata majmuk
iv. kata ganda

• Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah:

i. pengimbuhan
ii. penggandaan
iii. pemajmukan

Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amat kompleks ialah sistem imbuhan bahasa Melayu. Oleh itu, penekanan hendaklah diberi kepada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna.

c. Golongan kata

i. kata nama
ii. kata kerja
iii. kata adjektif
iv. kata tugas

1.2 Sintaksis

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur , dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut :

a. unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat,
b. jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan,
c. ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif,
d. susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang,
e. binaan dan proses penerbitan ayat:

i. ayat dasar
ii. ayat tunggal
iii. ayat terbitan atau ayat majmuk, dan

f. aspek tanda baca

2.0 Sistem Ejaan

Perkara yang diberi penekanan ialah:

i. pola keselarasan huruf vokal
ii. ejaan kata pinjaman
iii. ejaan kata dasar dan kata terbitan

3.0 Sebutan dan Intonasi

Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan sesuatu makna dengan tepat. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.

i. Sebutan
Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.

ii. Intonasi
Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut:

a. Jenis ayat

i. ayat penyata
ii. ayat tanya
iii. ayat seruan
iv. ayat perintah

b. Susunan ayat

i ayat biasa
ii. ayat songsang

c. Ragam ayat

i ayat aktif
ii. ayat pasif

Nota:

* Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Edisi 1993 ialah buku tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.
* Buku Daftar Ejaan Rumi dan Jawi Edisi 2001 ialah buku panduan ejaan yang menjadi rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.0 Kosa kata

Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan dan diperkembang selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah rendah.

5.0 Peribahasa

Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan , kata-kata hikmat , dan bahasa kiasan perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia.

PENGISIAN KURIKULUM

Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum, iaitu ilmu daripada pelbagai bidang ilmu,nilai,kewarganegaraan , peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran secara konstruktivisme, dan kontekstual.

1.0 Ilmu
Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin . Contohnya ilmu dalam bidang sains, geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Nilai
Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia ialah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi.

3.0 Kewarganegaraan
Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.

4.0 Peraturan Sosiobudaya
Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa , dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia.

5.0 Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. enjelasan tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan di bawah.

5.1 Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir , sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.

5.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet.

5.3 Kemahiran Belajar Cara Belajar
Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

5.4 Kajian Masa Depan
Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

5.5 Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logikmatematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

5.6 Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.

5.7 Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.



SOALAN-SOALAN
http://www.scribd.com/doc/70780524/CONTOH-SOALAN-BMM-3101

JADUAL KELAS 2012 TERKINI


Monday, June 18, 2012

JADUAL PPG PSV 2012





 ** CALON PPG JUN 2011 (psv2011) KELAS PERSEDIAAN ULANGAN KURSUS.( sila rujuk KK )  SILA DATANG KE KAUNTER UNIT PENGURUSAN PEPERIKSAAN (UPP) BAGI CALON YANG BELUM MENUNTUT TRANSKRIP ASAL PEPERIKSAAN UNTUK  PEPERIKSAAN ULANGAN LEPAS MULAI PADA HARI SABTU  BERSAMAAN 16/06/2012  JAM 9.00 PAGI 

Read more: http://uppipsah.webnode.com/
Create your own website for free: http://www.webnode.com