Saturday, May 26, 2012

TEMBIKAR - falsafah dalam Islam dan India


FALSAFAH ISLAM

Falsafah dalam Islam berpendapat,seni adalah sesuatu yang  bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri.

Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.

Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah s.w.t dan segala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya. Manusia dijadikan sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat manusia itu ditempatkan juga dihiasi dengan segala keindahan

Konsep kesenian dan kebudayaan dalam Islam berbeza dengan peradaban dunia dan  yang lain.

Seni lukis dan ukiran Islam biasanya terhad kepada lukisan dan ukiran keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda bernyawa yang boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.

Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya.


Falsafah seni pada tembikar jelas terukir melambangkan kesetiaan dan sanjungan terhadap agama Islam yang tinggi.

 Kaligrafi bukan sekadar untuk menghias permukaan tembikar. Pada beberapa daerah, kalimat kaligrafi yang tersemat di permukaan tembikar mencerminkan tradisi keagamaan ataupun kondisi umat Muslim setempat. Tak dimungkiri bahawa masyarakat pada masa itu telah memandang seni tembikar bukan sekadar hiasan, tapi juga ekspresi keyakinan.


No comments:

Post a Comment