Saturday, March 10, 2012

> PSV3103 EN.JAAFAR

10/3/2012


KONSEP SENI VISUAL
-

Penghalang Kreativiti

Sama ada kita sedar atau tidak orang dewasa boleh menjadi penghalang kepada kreativiti kanak-kanak. Menurut Goleman, Kaufman & Ray (1993) menyatakan beberapa perkara cara orang dewasa tidak menggalakkan kreativiti kanak-kanak:

Pengawasan: Terlalu mengawasi kanak-kanak membuat mereka merasa dirinya selalu diperhatikan semasa melakukan kerja. Di bawah pengawasan yang kerap, tidak membenarkan mengambil risiko perlahan-perlahan akan menengelamkan kreativiti kanak-kanak.

Penilaian: Apabila kita sentiasa membuat penilaian maka kanak-kanak berasa bimbang tentang apa yang dilakukannya dan mereka tidak hirau kepada kepuasan yang telah mereka capai.

Ganjaran: Terlalu mewah dengan hadiah akan melenyapkan keseronokan aktiviti kreatif.

Pertandingan: Meletakkan kanak-kanak dalam keadaan menang-kalah dan hanya seorang sahaja berada di atas serta menidakkan kepada prosesbahawa kanak-kanak meningkat mengikut tahapnya sendiri.

Kawalan keterlaluan: Sentiasa memberitahu kanak-kanak bagaimana membuat sesuatu perkara menjadikan kanak-kanak merasakan bahawa keaslian (origanlity) yang difikirkannya adalah salah dan sebarang penerokaan adalah membuang masa.

Pilihan terhad: Memberitahu kanak-kanak aktiviti yang mereka sepatutnya lakukan di mana sepatutnya membiarkan mereka memilih sendiri berdasarkan minat dan keinginannya. Kesannya akan menghadkan penerokaan aktif dan bereksperimen yang membawa kepada penemuan kreatif dan penghasilan.

Tekanan: Terlalu meletakkan harapan yang tinggi kepada prestasi kanak-kanak selalunya di akhiri dengan memberikan subjek dan aktiviti yang tidak digemari kanak-kanak. Meletakkan harapan tinggi yang tidak munasabah seperti memberi tekanan dan melakukan aktiviti yang telah diletakkan garis panduan kepada kanak-kanak untuk menghasilkan prestasi yang baik akan mengenepikan eksperimentasi, penerokaan dan inovasi. Meletakkan harapan yang tinggi adalah di luar keupayaan perkembangan kanak-kanak

No comments:

Post a Comment